Tuesday, 29 September 2015

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli iPhone


Di sini aku nak memberitahu anda 5 perkara anda perlu tahu sebelum anda membeli iPhone. Tak kiralah iPhone yang mana. 3gs ke,iPhone 4,4s dan yang terbaru iPhone 5 tu ke. Semua sama je. Jadi, sesiapa yang kepingin sangat nak beli iPhone baik korang fikir 2 3 4 kali sebelum nak membelinya. Termasuk juga pada diri aku yang teringin sangat dengan gajet keluaran Apple ni.
  1. iPhone tak boleh transfer MP3 dari telefon lain menggunakan bluetooth. Nak transfer fail gambar dan audio MP3 memang tak boleh. Ia memang benar kerana syarikat Apple terlalu sensitif pada hak cipta lagu yang dicipta oleh komposer, penulis lirik yang menulis lirik berbunga-bunga dan penyanyi yang menyanyikan lagu sampai hampir terkeluar anak tekak yang bersusah payah untuk mencari makan. Jika  ia mudah memindahkan lagu dari telefon lain, ia adalah piracy. Kenapa piracy? Perangai serupa lanun yang merompak di Lautan Hindi tu lah. Merompak je kerjanya. Yela. Mana tak marahnya bila orang penat berpeluh buang tenaga, wang dan masa mencipta lagu korang senang-senang je dapat lagu tu secara percuma. Manalah syarikat menjual album tak gulung tikar.
  2. iPhone wajib kena ada data plan internet. Ya,ia memang benar kerana tanpa data internet serupa tak payah pakai iPhone. Baik korang beli Nokia 3310 yang tak perlu (memang tak perlu pun)beli data internet. Baik korang beli telefon cap itik serati tu. Kalau setakat nak bajet mewah menunjuk-nunjuk kat orang baik tak payah. Buat orang meluat je tengok. Adanya data internet memudahkan anda membaca emel, update status Facebook, tweet Shila Amzah di Twitter dan upload gambar di Instagram. Lagi satu, orang lain tunggu beli suratkhabar untuk mengetahui keputusan BPL tetapi orang yang ada iPhone cepat je dapat keputusan.Woha, seperti dunia ini aku yang punya. haha.
  3. iPhone tak ada radio. Ha, ini lagi satu aku nak ingatkan pada korang. iPhone memang tak ada radio. Kalau korang suka dengar radio sebelum nak melelapkan mata dan menunggu Komuter atau LRT tu baik tak payah pakai iPhone. Pakai telefon Nokia cap ayam serama pun dah dikira baik kerana ia tak perlu dibayar dan tak perlu kena caj data internet.  iPhone ada menyediakan aplikasi radio untuk didownload dan sudah pasti ia dinamakan radio internet. Dah namanya radio internet sudah tentu kena caj data internet.
  4. Kuasa bateri cepat kong dan weak. Sudah semestinya jika korang on data internet 18 jam tak termasuk waktu tidur 6 jam memang ia akan kong dan cepat habis.  Kenalah caj tiap-tiap hari. Ada tak korang tak cas sehari? Nokia 3310 pun tak cas 3 hari pun masih ada bar lagi. Itupun sayup-sayup je barnya. Masih boleh call or sms kan.
  5. Sensitif bila ia terjatuh. TER tau. TERJATUH. Jika sesiapa dah ada iPhone baik korang jaga ia baik-baik kerana ia sangat sensitif apabila ia jatuh ke lantai ke, jatuh dalam tandas ke atau jatuh tika keluar dari kereta. Korang pun sayang sangat kan dengan iPhone korang. Jadi, penyelesaiannya kena lah korang beli protector punya casing. Aku pernah guna Nokia 5800 XpressMusic yang pernah banyak kali jatuh tapi still boleh guna lagi. Aku tak pernah guna Sony Ericsson (sekarang Sony) sebab aku tengok telefonnya bila ia jatuh semudah itu ia mudah rosak. So bad.
Itu sahajalah aku boleh kongsi pada korang yang newbie nak beli iPhone. Aku jua teringin memiliki iPhone tetapi niat aku mulai kabur apabila mendengar pendapat dari orang lain. Aku tau iPhone is the best. Setiap kelebihan tetap ada kekurangannya kan. Normal.
p/s: Aku jatuh hati pada kualiti gambar yang ditangkap dari iPhone. Itulah kelebihannya.

No comments:

Post a Comment