Thursday 1 October 2015

Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermulayang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentukDVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.
Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.[1]




Upin dan Ipin asalnya direka sebagai watak sampingan untuk filem Geng: Pengembaraan Bermula, oleh Mohd Nizam Abdul Razak, Mohd Safwan Abdul Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Usamah Zaid, para pengasas Les' Copaque. Nizam, Safwan dan Usamah merupakan siswazah lepasan Universiti Multimedia yang mula-mulanya bekerja sebagai kakitangan sebuah syarikat animasi lain sebelum bertemu dengan bekas peniaga minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan isterinya Hajjah Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka syarikat Les' Copaque.[2]
Nizam percaya bahawa aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan kampung yang serba santai pasti menarik minat pasaran antarabangsa. Hujahnya, siri animasi Doraemon dari Jepun boleh laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya antarabangsa.[3] Apatah lagi, reputasi Les' Copaque sebagai syarikat terkenal mula dibentuk oleh populariti Upin & Ipin bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain yang mengimport siri ini khususnya Indonesia.
Proses animasi Upin & Ipin (dan juga filem Geng) menggunakan perisian Imej janaan komputer (CGI), Autodesk Maya[4] Dalam sebuah sidang media perisian animasi pada tahun 2009, Ketua Pereka Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahu, "Salah satu tujuan kami memilih perisian ini kerana ia mudah. Lagi pun kami sudah berpengalaman menggunakannya sebelum ini."[5]
Musim pertama Upin & Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan bulan Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia. Kata Safwan, "Kami memulakan siri animasi empat minit ini … untuk menguji penerimaan pasaran tempatan serta mengukur bagaimana reaksinya kepada kebolehan penceritaan kita."[3] Sambutan memberangsangkan terhadap siri pendek ini menggalakkan Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi yang diisi 12 episod dengan watak-watak baru, sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun 2008. Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[6]
Selepas dua musim yang bertemakan Ramadan dan keislaman, penerbitan Upin & Ipin beralih kepada penceritaan yang lebih bersifat "sejagat". Ketika ditemu bual dalam rancangan wawancara Internet, The Entrepreneur, pada tahun 2010, Haji Burhanuddin menjelaskan sebab pihaknya berbuat demikian, "kandungan bercirikan Islam sukar untuk dijual … pasaran Timur Tengah nampak bagus, tetapi sebenarnya tidak; jika dijual kepada penyiar satelit, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak lain, apatah lagi mereka meminta harga yang sangat rendah. Sebab itulah kami mengubah konsep daripada Islam kepada sejagat."[7] Oleh itu, Upin & Ipin dan Kawan-kawan disiarkan sepanjang tahun mulai awal tahun 2009, yang mana episod baru disiarkan pada musim cuti sekolah atau Ramadan/Aidilfitri, manakala hari-hari persekolahan hanya ada siaran ulangan. Ini berterusan sehingga musim keempat pada tahun 2010.
Pada tahun 2009 juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Pada bulan September, Nizam, Safwan dan Anas meninggalkan Les' Copaque[8]untuk menubuhkan sebuah studio animasi baru, iaitu Animonsta Studios; namun siri animasi Upin & Ipin masih diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin selaku pengarah.[9]
Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin & Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasapada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk filem 3D.[10]
Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini.[11] Video muzik lagu ini yang sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos[12], menampilkan kugiran tersebut mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri animasi Upin & Ipin.
Pada Disember 2010, dilaporkan bahawa francais Upin & Ipin mengumpul pendapatan sebanyak RM 12 juta pada tahun 2009 dan 2010, kebanyakannya hasil penjualan siri Upin & Ipin kepada penyiar antarabangsa.[13]
Di tengah musim kelima Upin & Ipin pada tahun 2011, Les' Copaque memperkenalkan rancangan aneka ragam kanak-kanak mingguan, Kelab Upin & Ipin, mulai 4 Jun. Pada musim Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, musim terawal Upin & Ipin disiarkan dalam Astro Ceria.



Upin & Ipin dan Kawan-kawan merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar 5 tahun yang menjalani kehidupan mereka sehari-hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan.
Kenali Upin & Ipin dan kawan-kawannya: Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan; Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya; Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan “dua, seringgit”; manakala Jarjit pula, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun. Tidak lupa juga; Ros, kakak mereka yang sangat garang dan Opah yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka.





sekian

Tuesday 29 September 2015

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli iPhone


Di sini aku nak memberitahu anda 5 perkara anda perlu tahu sebelum anda membeli iPhone. Tak kiralah iPhone yang mana. 3gs ke,iPhone 4,4s dan yang terbaru iPhone 5 tu ke. Semua sama je. Jadi, sesiapa yang kepingin sangat nak beli iPhone baik korang fikir 2 3 4 kali sebelum nak membelinya. Termasuk juga pada diri aku yang teringin sangat dengan gajet keluaran Apple ni.
  1. iPhone tak boleh transfer MP3 dari telefon lain menggunakan bluetooth. Nak transfer fail gambar dan audio MP3 memang tak boleh. Ia memang benar kerana syarikat Apple terlalu sensitif pada hak cipta lagu yang dicipta oleh komposer, penulis lirik yang menulis lirik berbunga-bunga dan penyanyi yang menyanyikan lagu sampai hampir terkeluar anak tekak yang bersusah payah untuk mencari makan. Jika  ia mudah memindahkan lagu dari telefon lain, ia adalah piracy. Kenapa piracy? Perangai serupa lanun yang merompak di Lautan Hindi tu lah. Merompak je kerjanya. Yela. Mana tak marahnya bila orang penat berpeluh buang tenaga, wang dan masa mencipta lagu korang senang-senang je dapat lagu tu secara percuma. Manalah syarikat menjual album tak gulung tikar.
  2. iPhone wajib kena ada data plan internet. Ya,ia memang benar kerana tanpa data internet serupa tak payah pakai iPhone. Baik korang beli Nokia 3310 yang tak perlu (memang tak perlu pun)beli data internet. Baik korang beli telefon cap itik serati tu. Kalau setakat nak bajet mewah menunjuk-nunjuk kat orang baik tak payah. Buat orang meluat je tengok. Adanya data internet memudahkan anda membaca emel, update status Facebook, tweet Shila Amzah di Twitter dan upload gambar di Instagram. Lagi satu, orang lain tunggu beli suratkhabar untuk mengetahui keputusan BPL tetapi orang yang ada iPhone cepat je dapat keputusan.Woha, seperti dunia ini aku yang punya. haha.
  3. iPhone tak ada radio. Ha, ini lagi satu aku nak ingatkan pada korang. iPhone memang tak ada radio. Kalau korang suka dengar radio sebelum nak melelapkan mata dan menunggu Komuter atau LRT tu baik tak payah pakai iPhone. Pakai telefon Nokia cap ayam serama pun dah dikira baik kerana ia tak perlu dibayar dan tak perlu kena caj data internet.  iPhone ada menyediakan aplikasi radio untuk didownload dan sudah pasti ia dinamakan radio internet. Dah namanya radio internet sudah tentu kena caj data internet.
  4. Kuasa bateri cepat kong dan weak. Sudah semestinya jika korang on data internet 18 jam tak termasuk waktu tidur 6 jam memang ia akan kong dan cepat habis.  Kenalah caj tiap-tiap hari. Ada tak korang tak cas sehari? Nokia 3310 pun tak cas 3 hari pun masih ada bar lagi. Itupun sayup-sayup je barnya. Masih boleh call or sms kan.
  5. Sensitif bila ia terjatuh. TER tau. TERJATUH. Jika sesiapa dah ada iPhone baik korang jaga ia baik-baik kerana ia sangat sensitif apabila ia jatuh ke lantai ke, jatuh dalam tandas ke atau jatuh tika keluar dari kereta. Korang pun sayang sangat kan dengan iPhone korang. Jadi, penyelesaiannya kena lah korang beli protector punya casing. Aku pernah guna Nokia 5800 XpressMusic yang pernah banyak kali jatuh tapi still boleh guna lagi. Aku tak pernah guna Sony Ericsson (sekarang Sony) sebab aku tengok telefonnya bila ia jatuh semudah itu ia mudah rosak. So bad.
Itu sahajalah aku boleh kongsi pada korang yang newbie nak beli iPhone. Aku jua teringin memiliki iPhone tetapi niat aku mulai kabur apabila mendengar pendapat dari orang lain. Aku tau iPhone is the best. Setiap kelebihan tetap ada kekurangannya kan. Normal.
p/s: Aku jatuh hati pada kualiti gambar yang ditangkap dari iPhone. Itulah kelebihannya.
Saya baru bukak satu ig shop.. sya jadi dropship je..Itu je yg mampu... nama ig shop saya

@rugitau_takbeli


sya jual jam yg confem murah dri pasaran dan original.. Kompom rambang mata.. hehehe.. Jom pakat beli reramai



SOKONG PERNIAGAAN MELAYU

Alhamdullillah!


Lebih kurang 3 hari lepas saya masuk biz MYBCWORLD ni .. saya join pon sebab sesaje je.. Xsangka pown leh jadi camni.. Saya post satu je status kat Terbaik E-store kat fb.. dlm lebih kurang 1-2 jam lebih 10 org hamba Allah comment ''PM".. Terdetik dlm hati saya.. Ada bagus jugak aq join bende alah ni.. Saya pon PM mereka.. Drpd 10 hanya 2 org berminat.. saya ckp xpe. mungkin rezeki aq bukan harini.. Saya tetap senyum dan bersyukur.. Saya mendaftarkan mereka untuk join biz ni.. keesokkan hari selepas itu saya terima bayaran.. dua2 hamba Allah tu bayar pada hari yg sama..Syukur Allah.. Check account maybank saya mmg betol RM100 betol2 masuk dlm acc saya.. Saya hampir menangis sbb kita just promote sng2 dpt duit.. Ternyata Allah itu maha adil lagi maha mendengar.. Jadik semakin berkobar2 semangat saya nak ajak kengkawan,family join MYBCWORLD ni..

MYBCWORLD ni senang je..kita promote kat org..org berminat,org itu kena bayar kat kita RM50 for pendaftaran..Kemudian kita just approve diorang untuk join MYBCWORLD.. sngt2 mudah.. Jadik dengan bermodal kan RM50 saya boleh dpt RM50 yg bertingke-tingkek..Hihihiihihihihihihhihhihihihihihihihi...Gumbiranya.. Dengan kehidupan skang ni..DEngan gst,cukai,minyak naik..xdek subsidi.. Kompom duit gaji xcukup kecuali org yg bergaji besar mcm doctor,cikgu,arkitek dn lelain.. kita ni nak sng skit pon susah..HUrrmm jadik jomlah kita join MYBWORLD ni.. sya kan reply secepat yg mungkin.. wassap saya atau telegram

0136085277